Syamputra Razali

Syamputra Razali

Monday, January 23, 2017

Pentingnya Emcee Majlis dan peranan Pengacara Majlis

Peri Pentingnya Emcee / Peranan Pengacara Majlis 

 

  • Seorang pengacara majlis , atau MC (master of ceremony) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Kenapa? Kerana sesebuah majlis rasmi tidak boleh bermula selagi pengacara majlis belum bersedia. Merekalah orangnya yang akan membuat pengumuman, serta memberi arahan/panduan kepada tetamu yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut.
  • Bukan senang untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Datuk Mahathir Lokman adalah antara figura yang bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia.
  • Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil. Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh.
Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis termasuklah:











  • Bijak. Ya, seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat. Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.
  • Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja.
  • Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis. Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.
  • Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau sengau.
  • Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.
  • Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.
  • Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.
Diharapkan dengan kriteria ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkaliber serta bertaraf dunia.. insyallah

Saya juga berazam agar saya boleh menjadi pengacara yang hebat dan mempunyai kelainan dalam pengacaraan.

 

10 tips untuk pastikan kenduri kahwin berjalan lancar.



10 tips untuk pastikan majlis kenduri  berjalan lancar.

Setiap orang mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, meriah dan berjalan lancar. Namun perlunya seseorang itu membuat persediaan rapi bagi memastikan majlis mereka tiada cacat celanya.

Seperti saya, hanya melangsungkan perkahwinan dua bulan selepas tarikh pernikahan atas sebab-sebab tertentu. Namun, menjadi sesuatu lumrah, ada saja yang tidak kena namun saya anggap semuanya itu dugaan dalam menuju ke alam perkahwinan.

Di bawah beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anda.

1. Survey keperluan majlis dengan teliti




Sempat berselfie dulu dengan sahabat masa hari pernikahan.
Di sini, amat penting bagi pasangan masing-masing buat check list. Ia untuk memastikan anda tidak tertinggal benda-benda yang penting. 

a) Jarak kenduri kahwin amat memainkan peranan. Jika pasangan anda berasal jauh dari tempat anda, pastikan sewaktu hari pernikahan, kedua-dua keluarga sudah berada sehari awal. Ia bagi mengelakkan dari perkara tidak diingini seperti masa nikah tertangguh, rombongan lelaki sampai lambat dan sebagainya.

Macam pengalaman saya sendiri, belah lelaki dari utara maka perjalanan jauh, maka belah sana pastikan yang sebelum majlis nikah rombongan dah sampai.

b) Pilih tema yang mudah 
Ini kerana sesetengah pasangan mahukan kelainan, tetapi sekiranya tidak rancang dengan betul, akhirnya ia akan mencacatkan majlis anda. Pilih warna yang senang dicari, dan pastikan warna untuk nikah warna yang lebih lembut. Tapi terpulang juga kan. Tengok lah selera masing-masing macamana. 

c) Tetapkan awal-awal samada mahu bersanding atau tidak. Pastikan ambil pandangan keluarga juga untuk membuat pemilihan. Maklumlah, kadang-kadang benda yang remeh pun boleh bergaduh.

Jadi jagalah hati kedua-dua pihak. Macam saya sendiri, hanya bersanding belah perempuan, belah lelaki lebih santai hanya dengan makan beradab. Oklah tu kan,? Bersanding banyak kali pun penat je.


2. Jangan terpedaya dengan pakej perkahwinan


Resepsi belah perempuan, berjalan bersama flower girl. Bajet romantik lah tu! haha
Sewaktu mencari katering, fotografi dan video. Inilah masa yang paling lama sebenarnya. Kena betul-betul lihat dan pilih. Jangan sesekali terpedaya dengan pakej murah. 

Teliti betul-betul. Lagi satu, selagi anda tidak buat 'food testing' maka janganlah bayar deposit. 

Nanti terkena macam saya, ingat pakej murah tapi jadi mahal bila saya cancel last minit katering pakej tu. Saya kurang berkenan dengan masakan katering dan buat keputusan ambil katering yang lain. Itulah padahnya kalau tak test food dulu dah bayar wang deposit.
Atlast, tolak punya tolak. Lagi mahal saya punya belanja. 

Begitu juga dengan fotografi, selain makanan ini lah yang betul-betul penting. Kadang-kadang baju tak berapa lawa pun, nampak cantik dalam gambar kalau kena pada caranya. haha!

Macam saya, nasib baik ada ramai fotograher yang tak bergaji. Termasuklah bos Astro AWANI sendiri Suhaimi Sulaiman dan Kamarol Bahrin yang memang hobinya tangkap gambar. Kamera pun harga puluh ribu okay!

3. Buat kenduri ikut kemampuan wang

Senaraikan dulu apa yang hendak anda bayar, dan pastikan ia tidak melebihi bajet anda. Misalnya saya belah perempuan lebih meriah dengan pa-system, emcee dan flower girl bagai. Tetapi belah lelaki lebih sederhana, tak payah pa sistem pun. Yang penting ada makanan yang sedap dan mencukupi untuk menjamu tetamu yang hadir.

Seperti saya, dah bajetkan baju untuk dua pasang, rm4000 tidak boleh lebih. Baju nikah siap buat dua design untuk recycle masa majlis lelaki. Macam saya tidak ada masalah, majlis ada extra dua bulan, jadi tak nampak sangat.


Antara gambar yang paling saya suka. Gambar yang diambil oleh Suhaimi Sulaiman merangkap tukang renjis pada majlis itu.
4. Senaraikan nama tetamu, doorgift yang simple

Kalau katering jemputan 1000 orang maknanya, kad hanyalah 500 sahaja. Jadi untuk pastikan tidak ada masalah dengan katering nanti, pastikan anda listkan siapa tetamu. Buat senarai awal-awal. Lebih mudah supaya tiada tertinggal nama.

Doorgift tidak perlu pelik-pelik. Beri doorgift yang mudah dipegang dan lebih senang manisan. Macam saya bagi muffin yang besar. Puas orang makan.


5. Berbincang dengan tok kadi sebelum majlis nikah

Pernah dengar tak tok kadi ceramah sejam sebelum akad nikah bermula? Hah, ini saya dah kena pada majlis saya. Tok kadi mungkin teruja benar bila tengok ramai orang masa akad nikah kot. Lepas tu, naik kematu punggung ni. Dah la baju ni pakai korset hahaha. Senak betul.

Jadi, pihak keluarga perempuan boleh berbincang dengan tok kadi dulu, supaya jangan lama sangat berceramah. Bukan apa, majlis tu ramai orang menunggu. Keluarga pengantin lelaki pun datang dari jauh. Kesian lah kan?

6. Pastikan pelamin selesa dan kukuh

Bila nak pilih pelamin tu nanti, jangan lah pilih yang pelik-pelik. Biar sedap mata memandang. Ikutlah selera masing-masing. Dan pstikan warna pelamin kontra dengan baju pengantin supaya nampak jelas la waktu bersanding nantikan si Raja Sehari tu.. haha!


7. Pastikan arahan dan panduan kepada dua keluarga jelas


Ini kalau tidak bagi dengan jelas. Boleh merosakkan majlis. Maka kena ada orang tengah yang main peranan untuk pastikan maklumat sampai dengan betul. Kalau pukul 11 rombongan sepatutnya sampai, maka rombongan perlulah bergerak dari awal. Ini amat penting dan wakil yang tegas sangat perlu untuk pastikan majlis berjalan lancar.


8. Bahagi tugas kepada keluarga sewaktu majlis

Doorgift. sambut tetamu, duit kaut (hadiah daripada tetamu) perlu dibagi tugas kepada orang tertentu. Untuk memastikan tidak ada masalah, untuk doorgift bagi kepada yang sambut tetamu juga. Bagi terus masa orang datang. Duit kaut pulak, perlu dikumpulkan kepada seseorang sahaja. Maknanya sorang je yang boleh kumpul. Siapa yang terima wang, serahkan kepada orang yang diamanahkan.

Bukan apa, pernah terjadi kes orang kahwin, duit kahwin hilang tau. Perkara duit ini jangan main2. Boleh buat gaduh tau.


9. Beri upah wang ehsan kepada pembantu majlis


Janganlah kedekut, hargailah sedikit sebanyak pada adik sedara, mak sedara yang tolong tadi. Takperlu banyak tapi kalau token RM10 pun dapat jugak beli topup kan?


Nampak je semua perempuan, tapi kaum kerabat Pak Hamid semua nilah banyak membantu menjayakan majlis. Tanpa mereka, apalah akan jadi majlis tu sebelum ini. Alhamdulillah semuanya okay!

10. Photoshoot lokasi yang sesuai

Biasanya photoshoot outdoor akan buat hari yang sama. Yelah taknak bazir make up kan? alang-alang tak payah nak banyak2 baju. Tapi pastikan tempat tu tak jauh dan sesuai dengan baju. Takpayah la nak masuk hutan bagai, kalau da photographer tu pandai, dekat depan masjid pun cantik kan? Ingat tau satu hari dah berlengas dengan baju, takkan kalau kenduri kat ampang, sampai ke Putrajaya nak tangkap gambar kan?

Maka pilih lah tempat yang berdekatan. Takdelah penat sangatkan?

Ok itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Semoga entry ini beri manfaat pada anda semua


 






Emcee kahwin gaya baru lebih santai dan tidak formal

Assalam semua..
Saya nak buat pembaharuan dalam gaya pengacaraan saya.
Kebiasaab emcee kahwin menggunakan suara kasar dan garau serta membawa skrip dengan sempurna laksana konvokesyen yang betul betul mendebarkan..
.
Saya mahukan majlis kahwin itu lebih ceria dan lebih santai namun adab dan bahasa sijaga. Pantun tetap menjadi mainan lidah saya sebagai pengacara..

Ini yang saya acarakan sabtu lepas.. wedding erffan dan aen

https://youtu.be/nC3i80HdFZc






saya sangat heppy pengantin ini.. saling hensome dan cantik, semua orang tak putus amek gambar..
paling best mereka nie sebenarnya sempoi.. walaupun pengantin lelaki askar TLDM.
.
oklah yer.. kepada anda yang nak khidmat saya.. sudi sudikan menalifon saya yer
012-3993947
syamputra razali



Salam perkenalan untuk anda semua

Assalammualaikum semua
Syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya
Dapat saya menghasilkan 1 laman blog untuk saya selusuri perjalanan kehidupan saya sebagai pengacara.
Last week saya menjadi pengacara untuk wedding erffan dan juga ain..
Majlis yang agak sempoi dan juga santai.. sangat sangat sempurna
.
Semoga berbahagia ke akhir hayat ya..
.






Emcee Kahwin

Emcee Kahwin